Thursday 31 March 2011

AHMAD FADHIRUL FITRI BIN MOHD IDRIS (D20072030970)

Design 1



Design 2



Design 3



INFO....



Design pertama adalah berkonsepkan haiwan kesayangan iaitu Ayam Serama. Kawasan sekitar Proton City ini telah diubahsuai dengan penambahan kawasan yang berbatu dan berpasir untuk menimbulkan mood alam semulajadi yang sesuai untuk habitat Ayam Serama dan menjadi kawasan riadah kepada pengunjung. Selain itu, sebuah booth/kiosk disediakan sebagai pusat informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan maklumat mengenai Ayam Serama seperti nama,spesis,cara penjagaan dan lain-lain. Informasi yang disediakan adalah dalam bentuk audio dan visual yang interaktif.

Design kedua dan ketiga adalah berkonsepkan landskap.Sebuah booth/kiosk informasi disediakan sebagai pusat utama kepada pengunjung. Booth/kiosk ini berfungsi sebagai `one stop centre` yang menyediakan pelbagai info,khidmat nasihat,tempat pembelian anak benih dan  pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan landskap. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai jenis-jenis bunga melalui paparan skrin yang disediakan di sekitar taman. Apa yang menarik, setiap skrin boleh mengeluarkan wangian berdasarkan jenis bunga yang dipaparkan. Suasana persekitaran dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman landskap bagi menambahkan lagi fungsi taman ini sebagai taman informasi landskap.

Design keempat adalah gabungan haiwan kesayangan iaitu kucing dengan landskap. Sebuah booth/kiosk dijadikan sebagai pusat utama untuk mendapatkan informasi mengenai kucing dan landskap. Skrin-skrin disediakan sebagai `stop centre` untuk pengunjung mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis kucing, cara penjagaan dan lain-lain. Selain itu, kawasan ini juga dijadikan sebagai tempat pertemuan kepada pemilik-pemilik kucing bagi bertukar-tukar fikiran mengenai kucing mereka.

Tuesday 29 March 2011

MOHD SHAFIQ BIN ROZALI (D20072030983)

Design 1



Design 2



Design 3



Penerangan

Rekaan-rekaan ini ilhamnya datang ketika berada di Proton City, Tanjung Malim. Suatu kawasan yang agak cantik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama anak-anak dan tidak terlepas juga kepada pecinta-pecinta alam sekitar. Melalui rekaan tersebut maka ilham bagi menarik minat pengunjung supaya setiap kali datang kesini pasti akan mendapat ilmu yang bermanfaat selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ilmu yang dimaksudkan adalah berkenaan haiwan kesayangan dan juga landskap.

Design yang pertama memberi gambaran tentang salah satu haiwan kesayangan iaitu arnab. sekiranya pengunjung datang melawat ke tasik proton city, pengunjung sendiri akan dapat mengetahui serba sedikit pengetahuan mengenai arnab dari segi penjagaan kesihatan,makanan dan minuman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan tips penjagaan arnab. Lazimnya kanak-kanak pasti akan teruja dengan haiwan comel ini. Tumbuhan landskap juga diletakkan berserta nama saintifik tumbuhan tersebut.

Kalau melihat pada design kedua itu,satu laluan pejalan kaki khas disediakan bagi melihat sendiri haiwan kesayangan berserta tips berguna berkaitan dengan haiwan tersebut. Antara haiwan kesayangan yang dicadangkan seperti kucing, arnab dan juga ikan. Ditepian pejalan kaki itu diletakkan tumbuhan-tumbuhan pagaran seperti durantha gold atau celosia. Bagi merehatkan minda sambil melihat aksi haiwan kesayangan,kerusi panjang juga disediakan. :-)

design yang terakhir pula merujuk kepada hasil rekaan yang berkaitan dengan haiwan kesayangan seperti ayam,arnab dan juga ikan. Pengunjung juga berpeluang untuk memberi sendiri makanan kepada ikan tersebut. Dari segi landskap, tumbuhan seperti Alamanda Cathartica (bunga loceng) diletakkan berserta cara penanaman tumbuhan tersebut. Ini merupakan rekaan yang cuba diketengahkan supaya setiap pengunjung yang hadir ke sini pasti akan dapat memperolehi ilmu yang berguna berkaitan haiwan kesayangan dan landskap.

Sunday 27 March 2011

MOHD ZUHAIRI B AB. MANAF (D20072030982)

Design 1



Design 2



Design 3



Penerangan....



Ketiga-tiga rekaan saya ini bertemakan landskap dan haiwan kesayangan. Landskap yang saya design ini memuatkan landskap kejur dan lembut dimana kejur mewakili siar kaki dan pintu gerbang. Manakala unsure yang lembut adalah seperti pokok-pokok hiasan dan tasik semula jadi. Kombinasi antara dua unsur ini dapat menaikkan lagi seri sesuatu landskap itu. Manakala haiwan kesayangan pula merupakan haiwan yang jinak dan dibela dengan kasih sayang . Idea ini timbul adalah untuk memberi ketenangan kepada komuniti sekitar  Tg. Malim terutama bagi perumahan proton city. Selain menikmati keindahan panorama landskap, pengunjung juga dapat melihat dan bermain dengan haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, ikan perhiasan, burung dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat  mengenali haiwan kesayangan disamping dapat bermain dengan haiwan-haiwan tersebut.  Kelebihan design saya ini adalah dimana belum ada lagi pihak yang membuat rekaan seperti ini di negeri Perak. Design ini pasti dapat menarik minat orang ramai mengunjung ke tasik proton city ini. 

Tuesday 22 March 2011

MOHD RIZNAN RIBUT (D20072031012)

Design 1



Design 2



Design 3





Ketiga-tiga design berkonsepkan haiwan kesayangan dan landskap. Tempat asal design ini adalah di proton city. ia juga dapat menarik minat pengunjung sama ada penduduk setempat mahupun pelancong. Pada design pertama terdapat sebuah rumah haiwan yang terletak diatas air yang mana dapat menimbulkan suasana yang tenang dan dingin.  Rumah tersebut berfungsi sebagai tempat perlindungan haiwan kesayangan sama ada keperluan makanan, kesihatan dan keperluan lain. Dalam rumah haiwan tersebut haiwan kesayangan di tempatkan  mengikut jenis, saiz dan habitat. Untuk menampakkan lagi kawasan ini lebih menarik beberapa patung ataupun arca haiwan kesayangan dibina mengikut kesesuaian konsep. Selain itu juga, landskap seperti pokok-pokok, pagar dan siar kaki yang diperbuat daripada simen dapat menyerikan lagi konsep ini.
Pada design kedua, saya meletakkan rumah haiwan, taman permainan haiwan dan pokok-pokok yang di gubah sebagai hiasan. Pada rumah haiwan kesayangan berfungsi sebagai tempat perlindungan haiwan kesayangan sama ada keperluan makanan, kesihatan dan keperluan lain. manakala taman permainan haiwan adalah tempat untuk pengunjung bermain bersama haiwan kesayangan. Design kedua ini lebih menarik berbanding design pertama kerana ruang yang lebih luas dan menarik dapat menimbulkan suasana tenang dan selesa.
Design ketiga pula, merupakan design yang lebih menarik dan terdapat pelbagai kemudahan bagi haiwan kesayangan kerana semua haiwan kesayangan diasingkan mengikut kategori masing-masing. Disamping itu, pengunjung boleh melihat haiwan kesayangan dari satu tempat ke satu tempat secara berasingan. Dengan itu, tidaklah berlakunya kesesakan apabila ramai pengunjung yang datang.
Ketiga-tiga design ini dapat memberi info-info berkaitan haiwan kesayangan dan landskap seperti  jenis haiwan kesayangan, jenis tumbuhan, bagaimana untuk menguruskan haiwan kesayangan mahupun tumbuhan.  Selain itu juga design ini dapat dijadikan pembelajaran bagi menambah ilmu pengetahuan tentang haiwan kesayangan dan landskap. Ketiga-tiga design ini juga dapat menimbulkan mood yang tenang, gembira dan sesuai untuk beristirehat.






Friday 18 March 2011

MOHD YUSRI BIN JAMARI (D20072030990)


Design 1



Design 2



Design 3



Penerangan...

Ketiga-tiga desian tersebut berkonsepkan lanskap dah haiwan kesayangan. Tempat asal bagi desain tersebut adalah di proton city. Taman tersebut juga boleh digunakan untuk mengetahui info-info berkaitan haiwan kesayangan terutamanya kucing, hamster, ikan dan sebagainya. Info-info tersebut juga penting bagi pengunjung yang berminat untuk memelihara haiwan kesayangan tersebut selain dapat menambahkan ilmu berkaitan penjagaan haiwan-haiwan tersebut. Setiap papan tanda yang terdapat di taman tersebut akan memaparkan info-info berkaitan haiwan kesayangan yang terdapat di taman tersebut. Suasana di taman tersebut direka bagi menimbulkan suasana tenang dan ringkas serta sesuai untuk dijadikan tempat untuk beristirehat……