Tuesday, 29 March 2011

MOHD SHAFIQ BIN ROZALI (D20072030983)

Design 1



Design 2



Design 3



Penerangan

Rekaan-rekaan ini ilhamnya datang ketika berada di Proton City, Tanjung Malim. Suatu kawasan yang agak cantik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama anak-anak dan tidak terlepas juga kepada pecinta-pecinta alam sekitar. Melalui rekaan tersebut maka ilham bagi menarik minat pengunjung supaya setiap kali datang kesini pasti akan mendapat ilmu yang bermanfaat selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ilmu yang dimaksudkan adalah berkenaan haiwan kesayangan dan juga landskap.

Design yang pertama memberi gambaran tentang salah satu haiwan kesayangan iaitu arnab. sekiranya pengunjung datang melawat ke tasik proton city, pengunjung sendiri akan dapat mengetahui serba sedikit pengetahuan mengenai arnab dari segi penjagaan kesihatan,makanan dan minuman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan tips penjagaan arnab. Lazimnya kanak-kanak pasti akan teruja dengan haiwan comel ini. Tumbuhan landskap juga diletakkan berserta nama saintifik tumbuhan tersebut.

Kalau melihat pada design kedua itu,satu laluan pejalan kaki khas disediakan bagi melihat sendiri haiwan kesayangan berserta tips berguna berkaitan dengan haiwan tersebut. Antara haiwan kesayangan yang dicadangkan seperti kucing, arnab dan juga ikan. Ditepian pejalan kaki itu diletakkan tumbuhan-tumbuhan pagaran seperti durantha gold atau celosia. Bagi merehatkan minda sambil melihat aksi haiwan kesayangan,kerusi panjang juga disediakan. :-)

design yang terakhir pula merujuk kepada hasil rekaan yang berkaitan dengan haiwan kesayangan seperti ayam,arnab dan juga ikan. Pengunjung juga berpeluang untuk memberi sendiri makanan kepada ikan tersebut. Dari segi landskap, tumbuhan seperti Alamanda Cathartica (bunga loceng) diletakkan berserta cara penanaman tumbuhan tersebut. Ini merupakan rekaan yang cuba diketengahkan supaya setiap pengunjung yang hadir ke sini pasti akan dapat memperolehi ilmu yang berguna berkaitan haiwan kesayangan dan landskap.

7 comments:

Anonymous said...

slm..design 2 agak mnrk..krn nmpk tenang di situ..blh mnrk mnt mrk2 yg memandang..design 3,kalau btl la ada dolphin,mmg best..keep it up..

Landskap dan Nurseri said...

kesemua design kemas n menarik...
percubaan yg baguss....;)

Anonymous said...

your design look awesome..really good job guys!!..

Anonymous said...

ketiga2 design nice n sdp mata memandang...menenangkan..sesuai utk tmpat beriadah...design 1 n 2 mmg cantik..design 3 pn cntik tp rooster n dolphin mcm krg sesuai ckit...kalau tkr dgn haiwan lain spt itik dlm kolam tue mgkn lg cute view dier...btw,overall its really gud job..congrats!!!

Anonymous said...

design anda walaupn simple tp still nampak elemen lanskap dan haiwan kesayangan tu..dimasa akn dtng cuba upgrade lg dr segi sususan pokok & tambahkan lg jenis haiwan kesayangn..good jobs :-)

nurul said...

kemas dan menarik..
thumbs up fou ur guys..

Anonymous said...

salam...

juz pandangan sy ye...

1. ketiga2 design mmg mnrik..cantik view die..congrates

2. tuk design 1st, kalau tgk pada kwsn haiwan dltakkan agak kurang sesuai coz brda di tgh2 laluan..mgkn lbh ssuai dletakkan mcm dsgn kedua n ketiga..or kalau nk ltk sumting jgk, juz ltak pokok or bunga maybe..

3. mgkn ini cme dsgn, tp lg cntik kalau pagar haiwan tu dsgn die mcm rumah tuk haiwan2 tu..mgkn lg nmpak real..xkn la nk ltk haiwan2 tu tgh2 panas kan..hihi..

4. last but not least, haiwan cam kucing n ayam tu cam xsesuai je..mgkn boleh digantikan dgn burung...pelbagai jnis burung ke..xsemestinya ltk byk haiwan kan..kalo burung je n byk jens brg maybe pengunjung yg dtg boleh tau sal spesies burung..

5. overall dsgn yg sgt menarik n pnh kreativiti..gudluck guys!!!