Thursday 31 March 2011

AHMAD FADHIRUL FITRI BIN MOHD IDRIS (D20072030970)

Design 1



Design 2



Design 3



INFO....



Design pertama adalah berkonsepkan haiwan kesayangan iaitu Ayam Serama. Kawasan sekitar Proton City ini telah diubahsuai dengan penambahan kawasan yang berbatu dan berpasir untuk menimbulkan mood alam semulajadi yang sesuai untuk habitat Ayam Serama dan menjadi kawasan riadah kepada pengunjung. Selain itu, sebuah booth/kiosk disediakan sebagai pusat informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan maklumat mengenai Ayam Serama seperti nama,spesis,cara penjagaan dan lain-lain. Informasi yang disediakan adalah dalam bentuk audio dan visual yang interaktif.

Design kedua dan ketiga adalah berkonsepkan landskap.Sebuah booth/kiosk informasi disediakan sebagai pusat utama kepada pengunjung. Booth/kiosk ini berfungsi sebagai `one stop centre` yang menyediakan pelbagai info,khidmat nasihat,tempat pembelian anak benih dan  pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan landskap. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai jenis-jenis bunga melalui paparan skrin yang disediakan di sekitar taman. Apa yang menarik, setiap skrin boleh mengeluarkan wangian berdasarkan jenis bunga yang dipaparkan. Suasana persekitaran dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman landskap bagi menambahkan lagi fungsi taman ini sebagai taman informasi landskap.

Design keempat adalah gabungan haiwan kesayangan iaitu kucing dengan landskap. Sebuah booth/kiosk dijadikan sebagai pusat utama untuk mendapatkan informasi mengenai kucing dan landskap. Skrin-skrin disediakan sebagai `stop centre` untuk pengunjung mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis kucing, cara penjagaan dan lain-lain. Selain itu, kawasan ini juga dijadikan sebagai tempat pertemuan kepada pemilik-pemilik kucing bagi bertukar-tukar fikiran mengenai kucing mereka.

16 comments:

Landskap dan Nurseri said...

idea yg menarik...so keep it up...

Anonymous said...

Salam..idea yang menarik..x sangka Proton City boleh berubah wajah..

NuRFa said...

kpe x letak design 1, penerangan,, design 2, penerangan,, design 3, penerangan...

landskap tu okey.. ttbe proton city nmpk hidup dgn mini zoo~

(~.^)v

FadhirulFitri said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kenapa ayam dibiarkan bebas berkeliaran?nanti mesti booth tu kotor dengan najis-najis ayam

Anonymous said...

suke design 2..sgt moden.. :)

Silent Thinker said...

idea menarik~
cuba membayangkan keadaan Proton city sekarang...

ni hanya pendapat saja: rasanya colour tulisan tu tukar sket..sbb takut reader susah nak baca. bground hijau. tulisan tu hitam..gelap.tak nampak nak baca.

=))

Anonymous said...

tingkatkan usaha.lawa da 2 cume org xde bayang2 wpun di siang hari.

miss blurrr~ said...

idea y menarik.. tp, tulisan perlu ditukar ke lain saiz atau lain jenis. tp, design 2 lg cun..ske y nii..=)

Anonymous said...

terbaekkkk wokkkk...walaupun baru belajar photosop,tapi nampak la usaha tu..tingkatkan usaha dan perbaiki kelemahan..semoga dapat A untuk subjek Multimedia

FadhirulFitri said...

terimakasih kepada yang comment..saya akan cuba perbaiki kelemahan..

Anonymous said...

tahniah..semoga dapat A..caiyok2..

Anonymous said...

untuk design 3,cuba tambahkan lg elemen landskap.Idea booth dah menarik..

PutraRocker said...

i see green

Anonymous said...

sy mmg nak mengamuk andaikate terpijak taik ayam tym syok2 jln amek angin kt tasik pc.heheh

Anonymous said...

sgt unik krn setiap skrin boleh mengeluarkan wangian berdasarkan jenis bunga yang dipaparkan..i like it...keep it up..chaiyok2...usaha yg bgs..truskan menjana kreativiti anda..